Date: Isnin, September 23, 2019

Majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Cawangan Jalan  telah berlangsung pada hari Khamis, 10 September 2019 bertempat di Ruang Mezzanine, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz kepada kontraktor yang berjaya.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) adalah bagi projek-projek seperti berikut:

1. Program Menggantikan Jambatan Sempit dan Uzur
    i.  Menggantikan Jambatan Sempit Di Seksyen 277.2, FT001, Jalan Seremban-Tampin (No. Struktur: FT001/277/70), Negeri Sembilan

2. Program Menggantikan Jambatan Uzur Untuk Tujuan Peningkatan Had Berat Muatan Perdagangan Di Semenanjung Malaysia.
      i.   Menggantikan Jambatan Sg. Renek FT003/633/70, Besut, Terengganu
     ii.   Menggantikan Jambatan Sg. Tok Dor Masjid FT003/631/70, Besut, Terengganu

3. Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalanraya
     i.     Membina Jejantas Pejalan Kaki Di Hadapan Sekolah Rendah Machap, Kluang
     ii.     Projek Membina Jejantas Pejalan Kaki Melintasi Jalan Mersing (FT050) Di Hadapan Sekolah Agama Gunung Lambak, Kluang

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek  (Zon Tengah dan Zon Selatan ), Cawangan Jalan manakala Jurutera Daerah yang terlibat ialah Jurutera Daerah JKR Besut, JKR Daerah Rembau dan JKR Daerah Kluang telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek tersebut.

|JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.