Pada 30 Julai 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan dan Menaiktaraf Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan SMS Notifikasi CCTV Untuk Pejabat-Pejabat SPRM. Majlis Penyerahan SST tersebut melibatkan 3 pakej iaitu Pakej 1: Johor, Negeri Sembilan & Selangor , Pakej 2: Pahang, Kelantan & Terengganu dan Pakej 3: Melaka, Perak & Pulau Pinang.
Hadir bagi menyempurnakan majlis adalah YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar merangkap Yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia juga selaku Pegawai Penguasa bagi projek ini. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil pihak pelanggan YBrs. Tuan Zuhairie bin Abu Bakar selaku Pengarah Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Skop kerja projek melibatkan (17) lokasi bangunan pejabat SPRM yang merangkumi 9 Negeri. Antara skop untuk projek ini adalah: -
- Pendawaian Baharu – dalaman dan luaran
- Pemasangan Sistem CCTV Baharu
- CCTV Automated Notification System Solution
- CCTV Recording Backup System Solution
- Menanggalkan Sistem CCTV yang lama
Objektif utama projek ini juga adalah untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan efisien, dan respons tindakan segera melalui teknologi canggih dan SMS notifikasi automatik.
JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.
- 760 bacaan