Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Wisma Laskar Di PTKK, Sabah telah berlangsung pada hari Khamis, 22 September 2023 di Dewan Emerald, Tingkat 18, Maju Tower Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan iaitu Ir. Maria Binti Marcus. Turut hadir bersama, Pn. Norazah binti Zainal,selaku Timbalan Setiausaha Bahagian (Perancangan), Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef).
Pengurus Program projek ini adalah Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (CKS), Ir. Maria Binti Marcus dan Pengarah Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa. Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Reka Dan Bina dengan kerjasama di antara HOPT dari Bahagian Pengurusan Projek 2, CKS dan semua Pasukan HODT JKR.
Projek ini melibatkan pembinaan bilik penginapan,ruang legar, bilik rehat, bilik mandi & tandas, bilik cucian dan jemuran, ruang servis mekanikal dan elektrik, fix furniture dan loose furniture termasuk curtain dan railing, laluan berbumbung dan parkir kenderaan.
Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya iaitu Bangkit Energy & Pro Logistic (EM) Sdn. Bhd dengan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 122 minggu. Tarikh milik tapak projek ini pada 29 September 2023 dan jangka siap pada 29 Januari 2026.
JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.
- 2037 bacaan