Date: Rabu, Jun 21, 2023

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) & SESI MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK

PROJEK PENYELENGGARAAN SISTEM SOLAR HIBRID DAN NAIK TARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI SABAH TAHUN 2023 HINGGA 2025 – PAKEJ 3 & PAKEJ 4 DAN

PROJEK OPERASI DAN PENYELENGGARAAN JANAKUASA DIESEL DAN NAIK TARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 SEHINGGA 2024

16 JUN 2023 (JUMAAT)

 

Pada 16 Jun 2023 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak bagi pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Bagi Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Tahun 2023 Hingga 2025 – Pakej 3 & Pakej 4 dan Projek  Operasi Dan Penyelenggaraan Janakuasa Diesel Dan Naik Taraf Bekalan Elektrik bagi Sekolah – Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak bagi Tahun 2023 Sehingga 2024. Majlis Penyerahan SST & Sesi Menandatangani Dokumen Kontrak tersebut telah diadakan di Bilik Kuarza, Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur.

Majlis 3-in-1 (3 dalam 1) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Amran bin Haji Mohd Majid,Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan disaksikan oleh YBrs. Ir. Hanizan Binti Shaffii, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan menyerahkan dokumen Surat Setuju Terima (SST), menandatangani Dokumen Kontrak serta penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa Fasiliti. Pegawai Penguasa Fasiliti bagi pelaksanaan projek ini ialah Ir. Noor Ashikin bt Md. Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik. Tiga (3) Kontraktor yang berjaya adalah seperti berikut:

  1. Green Source Sdn Bhd - Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Bagi Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Tahun 2023 Hingga 2025 – Pakej 3.
  2. Ternama Tabah Sdn Bhd - Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Bagi Sekolah-Sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Tahun 2023 Hingga 2025 – Pakej 4.
  3. Paragon Megalink Sdn Bhd- Projek  Operasi Dan Penyelenggaraan Janakuasa Diesel Dan Naik Taraf Bekalan Elektrik bagi Sekolah – Sekolah Luar Bandar Negeri Sarawak bagi Tahun 2023 Sehingga 2024.

Turut hadir bersama adalah Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Azlan bin Arifin yang mewakil agensi Pelanggan projek ini; Ir. Saiful Zuhaimi bin Ahmad, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Perunding Tenaga Lestari, CKE, selaku wakil Head of Project Team (HOPT) dan pegawai-pegawai JKR Malaysia

Secara keseluruhannya, skop kontrak penyelenggaraan sistem solar hibrid bagi  Negeri Sabah ini akan melibatkan 109 buah sekolah luar bandar dan bagi skop kontrak penyelenggaraan sistem janakuasa diesel bagi Negeri Sarawak pula melibatkan 37 buah sekolah luar bandar.

Objektif utama projek adalah bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik, kondusif dan beroperasi tanpa sebarang gangguan (24 jam) kepada pengguna (pihak sekolah) bagi keselesaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disempurnakan dengan berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.

 

Sesi Fotografi Berkumpulan

 

Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Fasiliti