Date: Selasa, Oktober 1, 2019

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJUTERIMA TENDER (SST), MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK DAN PENYERAHAN LUKISAN PEMBINAAN (3 IN 1) BAGI PROJEK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) – KOMPLEKS PUSAT PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH (TAWARAN SEMULA) KEPADA KONTRAKTOR

Majlis penyerahan Surat Setujuterima Tender (SST), menandatangani dokumen kontrak dan penyerahan lukisan pembinaan (3 in 1) bagi projek Cawangan Kerja Pendidikan  iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Kompleks Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insaniah (Tawaran Semula) telah diadakan pada hari Selasa, 1 Oktober 2019 bertempat di Ruang Mezzanine, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ar. Zairul Azidin Bin Badri kepada kontraktor yang berjaya iaitu Sulong Engineering Sdn. Bhd.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman dengan kerjasama diantara  HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek  6 (BPP 6), Cawangan Kerja Pendidikan dan Pasukan HODT. Manakala Pengarah JKR Terengganu dilantik sebagai Pegawai Penguasa  bagi projek ini.

Justeru itu, JKR selaku agensi pelaksana perlu memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa sepertimana yang telah ditetapkan dalam kontrak.