Date: Jumaat, April 26, 2019

Satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya kepada YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya serta YBrs. Ir. Zulakmal bin Haji Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang baharu telah berlangsung pada 26 April 2019, jam 5.00 petang di Pejabat YB Menteri Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. Turut menyaksikan penyerahan tersebut adalah YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Semoga pelantikan ini akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan tertinggi peringkat JKR dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kemakmuran rakyat dan negara.