Date: Isnin, November 21, 2022

 

MAJLIS PERASMIAN 1ST INTERNATIONAL BUILDING SURVEYING CONFERENCE (IBSC 2022)

BANGSAR, 8 NOVEMBER 2022 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama pihak Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan 1st International Building Surveying Conference (IBSC 2022) yang telah diadakan pada 8hb & 9hb November 2022 bertempat di Pullman Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur.

Perasmian 1st IBSC 2022 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia. Manakala, Ucaptama (Keynote Address) bertajuk “Leveraging Changing in Asset Management in Malaysia” telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia semasa persidangan 1st IBSC 2022.

Majlis Perasmian 1st IBSC 2022 ini juga turut dihadiri oleh YBrs.  Professor Sr Dr. Anuar Alias (Dekan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya), YBrs. Ir. Rahmat Bin Hj. Abd. Rahman (Timb. Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia - Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli Bin Haji Nasri (Pengarah Kanan, Caw. Perancangan Aset Bersepadu), YBhg. Dato' Ir. Haji Masri Bin Baharuddin​ (Pengarah, Caw. Dasar & Pengurusan Korporat), YBrs. Ir. Ahmad Paridz bin Abdullah (Wakil Ketua Disiplin Awam, JKR), Ts. Fadzilah binti Sulaiman (wakil Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan), YBrs. Professor Ts Sr Dr. Azlan Shah bin  Ali (Pengerusi 1, 1st IBSC 2022) dan YBrs. Sr Dr Syamilah binti Yakob (Pengerusi 2, 1st IBSC 2022).

Berikut merupakan objektif penganjuran 1st IBSC 2022:

  1. Sebagai platform kepada pengamal tempatan untuk membentangkan amalan semasa berkaitan kerja-kerja Ukur Bangunan.

  2. Untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang perkembangan terkini akta, peraturan, garis panduan dan amalan terbaik di dalam bidang Ukur Bangunan.

  3. Untuk menyediakan maklumat dan kemahiran yang diperlukan dalam membentuk amalan dan pelaksanaan di dalam bidang Ukur Bangunan.

  4. Memperkasakan profesional Ukur Bangunan dan orang awam dengan menggalakkan penglibatan, kerjasama dan kerja berpasukan.

  5. Untuk menyediakan platform bagi bertukar maklumat dan peluang untuk bertemu rakan-rakan di kalangan pakar dan profesional Ukur Bangunan dari negara luar bagi  mendengar isu-isu mereka secara langsung serta mencari titik penyelesaian.

  6. Memperkukuhkan kerjasama penyelidikan di antara badan profesional, agensi kerajaan, rakan kongsi luar negara, pemain industri, dan pihak universiti.

1st IBSC 2022 membawa tema ‘Embracing The Future Through A High-Performance Building’ yang mengetengahkan peranan bangunan berprestasi tinggi dalam mencorakkan masa depan negara. Juruukur Bangunan ialah pakar dalam perihal bangunan, khususnya bidang yang merangkumi Kawalan Bangunan, Pengurusan Ruang, Kawalan Risiko, Prestasi Bangunan dan Penyelenggaraan Bangunan. Bidang-bidang ini merupakan komponen utama untuk mencapai taraf bangunan yang berprestasi tinggi.

Bidang pengkhususan dan kepakaran di atas juga merupakan peranan dan tugas utama Juruukur Bangunan di Malaysia, seperti yang digariskan oleh Institusi Juruukur Diraja, Malaysia atau Royal Institution of Surveyors, Malaysia (RISM). Secara langsung, ia akan mempersiap siagakan profesion Jurukur Bangunan yang akan turut berkerjasama dengan profesion lain seperti Jurutera dan Arkitek untuk memajukan industri pembinaan ke arah aspirasi negara dalam menghasilkan bangunan berprestasi tinggi.


F:\ISBC 2022\DSC_0079.JPG
 

F:\ISBC 2022\DSC_0089.JPG

 

F:\ISBC 2022\DSC_0053.JPGC:\Users\CSFB_150\Downloads\5dd1af74-5898-446f-b8af-bec9f4a76b1c.jpg


C:\Users\CSFB_150\Downloads\IMG_0998.JPG

C:\Users\CSFB_150\Downloads\IMG_1140.JPG

 C:\Users\CSFB_150\Downloads\IMG_1055.JPG

C:\Users\CSFB_150\Downloads\IMG_0846.JPG

 C:\Users\CSFB_150\Downloads\IMG_1021.JPGC:\Users\CSFB_150\Downloads\b611cc5a-0073-4c91-9f1b-6c259dae4882.jpg