Date: Rabu, Januari 24, 2024

Majlis perasmian Dewan Sri Labuan dan Amanat YB. Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 22 Januari 2024 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Labuan, JKR Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis perasmian dan tandatangani plug Dewan Sri Labuan ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Hj Badioezaman bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan.

Sesi perasmian dan amanat ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tn Hj. Jamaruslam bin Abdullah, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Pemimpin Masyarakat, Rakan Media dan seluruh warga JKR W.P. Labuan.

Projek Menaik Taraf telah mula dilaksanakan pada 6 April 2023 telah berjaya siap sepenuhnya pada 29 Oktober 2023 dengan anggaran kos keseluruhan projek bernilai RM1.568 juta.

Kejayaan menyiapkan projek naik taraf ini bukan sahaja pencapaian penting kepada tenaga kerja JKR Labuan, tetapi juga memberikan satu manfaat besar kepada Masyarakat Setempat di Wilayah Persekutuan Labuan amnya. Dewan Sri Labuan ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gelanggang badminton, pentas, bilik persalinan, gymnasium, kemudahan Wi-Fi dan tandas.

Dalam sesi amanat YB. Datuk Seri Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, menegaskan lima (5) elemen utama berikut yang perlu diterapkan di dalam diri setiap warga JKR agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan telus :
            A : Akrab
            B: Bijaksana
            C : Cekap
            D : Dedikasi
            E : Efektif / Etika

Selain itu, seluruh Warga JKR Labuan diharap sentiasa memupuk semangat kerjasama berpasukan bagi mencapai objektif jabatan dan penyampaian projek khususnya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga JKR Labuan atas segala usaha, komitmen dan khidmat bakti yang diberikan. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan. Hastag #JKRLabuanLuarBiasa.