Date: Rabu, Mei 17, 2023

LIBAT URUS PAP JKR MALAYSIA BERSAMA PELANGGAN 2023 ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Cawangan Arkitek JKR Malaysia dengan penglibatan bersama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan JKR Negeri Melaka bertujuan untuk mempromosi dan memperkasa penggunaan reka bentuk PAP bagi projek-projek Kerajaan. Selain itu, ia juga sebagai platform kepada pihak JKR untuk menyalurkan maklumat dan mendapatkan maklumbalas daripada pihak pelanggan berkaitan reka bentuk yang sedia ada di samping keperluan reka bentuk pada masa akan datang.

Pada hari pertama (10/5/23) selepas perasmian telah diadakan sesi taklimat PAP dan BIM oleh penceramah dari Cawangan Arkitek. Disusuli dengan Taklimat  Pelaksanaan Value At Entry (VAE) dan Pengurusan Nilai Strategik oleh penceramah dari CPAB. Pada hari kedua (11/5/23) pula telah diadakan taklimat berkenaan Keperluan Kebombaan Berdasarkan UBBL 1984 Pindaan 2021 (Pasif Dan Aktif) yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Rekod penyertaan peserta pada Hari Libat Urus PAP JKR Malaysia ini adalah seramai 300 orang meliputi peserta dari JKR Malaysia dan wakil pihak pelanggan. Adalah diharapkan Libat Urus PAP JKR Malaysia ini dapat memberikan impak yang besar terhadap pemerkasaan pelaksanaan projek kerajaan yang menggunakan reka bentuk PAP JKR Malaysia.