Date: Selasa, November 8, 2022

Majlis Perasmian Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Bypass) dan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek seperti berikut :

  1. Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK), Kelantan : Bukit Tiu ke Kg. Berangan Mek
  2. Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU)-Kuala Krai ke Jambatan Sg Lakit, Kelantan :Kg Rahmat Ke Kg Sg Peria (Seksyen 1A)
  3. Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU)- Jambatan Sg Lakit Ke Gua Musang,Kelantan: Jambatan Sg Lakit ke Paloh 2 (Seksyen 2A)

Perasmian pembukaan Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Bypass) di Negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2022 (Selasa) dan telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

Projek ini telah bermula pada 27 Julai 2016 dan berjaya disiapkan pada 13 September 2022 yang lalu.

Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru empat (4) Lorong sepanjang 5.875 km dengan Rekabentuk Piawai ; U5, membina lima (5) jejambat, membina 2 buah ‘Vehicular Box Culvert’ (VBC), pemasangan lampu jalan , lampu isyarat, pemasangan perabot jalan, pengalihan utiliti dan pengambilan balik tanah (PBT).

Pada majlis sama turut diadakan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) yang melibatkan tiga (3) projek Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK), Kelantan : Bukit Tiu ke Kg. Berangan Mek Nab atau dikenali Lebuhraya Rakyat sepanjang 10km. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 22 Ogos 2022 dengan tempoh kontrak selama 36 bulan.

Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) – Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan : Kg. Rahmat ke Kg. Sg Peria (seksyen 1A) melibatkan pembinaan jalan sepanjang 11.05 km. Tarikh Milik Tapak pada 26 september 2022 dengan tempoh kontrak selama 36 bulan.

Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) – Jambatan Sg. Lakit Ke Gua Musang, Kelantan : Jambatan Sg. Lakit ke Paloh 2 (seksyen 2A) pula melibatkan pembinaan jalan sepanjang 20 km. Tarikh Milik Tapak 9 Mei 2023 dengan tempoh kontrak selasa 36 bulan.

Setinggi- tinggi penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR),  Cawangan Jalan selaku Pengurus Program , HOPT, HODT,Pasukan Projek Khas Zon Timur 1 serta pihak kontraktor Iswarabena Sdn. Bhd,  semua agensi yang terlibat atas kegigihan dan memberikan kerjasama sepenuhya dalam penyiapan projek ini.