Date: Jumaat, Oktober 22, 2021

Majlis Perasmian Pameran Anugerah Reka Bentuk Terbaik PAP 3.0 JKR Malaysia anjuran Cawangan Arkitek tahun 2021 (ART PAP 3.0 JKR) telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 di aras plaza, Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.

Objektif pertandingan ART PAP 3.0 JKR adalah untuk menghargai usaha pereka bentuk JKR dalam melaksanakan reka bentuk projek dan menambah baik koleksi reka bentuk PAP 3.0. Selain itu, anugerah ini adalah seiring dengan Tema 2 Pelan Bisnes Cawangan Arkitek, T2.3 - Membentuk Budaya Kerja yang Mengutamakan Pelanggan. 

Perasmian Pameran Anugerah Reka Bentuk Terbaik PAP 3.0 JKR Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman pada 14 Oktober 2021. 

Majlis Perasmian ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali Bin Ibrahim, TKPKR Sektor Bangunan, YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching (menjalankan tugas TKPKR Sektor Pakar), Pengarah Kanan Sektor Pakar, Pengarah Sektor Bangunan, para Juri serta wakil setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ART PAP 3.0 JKR. 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan kata aluan Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, YBrs. Ar. Ibrahim bin Isa sebelum disempurnakan oleh ucapan dan perasmian pameran oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.  

Majlis diteruskan dengan sesi lawatan ke tapak pameran sebelum diakhiri dengan sesi bergambar YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman bersama-sama para jemputan pada jam 10.15 pagi. Pelaksanaan majlis ini mematuhi SOP dan Garis Panduan MKN untuk penganjuran majlis semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Warga JKR dan orang ramai turut dijemput mengunjungi Pameran ART PAP 3.0 JKR 2021 yang berlangsung bermula dari 14 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.