Date: Khamis, Disember 19, 2019

Pada 16 Disember 2019, Majlis Perasmian Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Serta Lain-Lain Peralatan Berkaitan Di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Jabatan Kimia Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.

Penyerahan projek telah disaksikan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Ir.  Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan YBhg. Datuk Ir. Haji Ismail bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka.

Sesi penyerahan telah disempurnakan dengan penyerahan rasmi dokumen penyerahan Manual Operasi & Senggaraan (O&M) oleh YBrs. Ir. Zailani bin Nagin, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan selaku Pegawai Penguasa Projek kepada YBrs. En. Soupy bin Daud, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh pasukan penyeliaan projek yang diwakili oleh Wakil Pegawai Penguasa, YBrs. Ir. Ahmad Ridzauddin bin Ibrahim, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, Head of Design Team (HODT), Pegawai – Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya dan Pegawai – Pegawai Kanan Jabatan Kimia Malaysia.

Skop projek ini melibatkan kerja-kerja penggantian dua (2) unit Water Cooled Chiller, Chilled & Condenser Water Pump, Main Switchboard, Air Handling Unit, Cooling Tower, kerja-kerja perpaipan di dalam chiller plant room termasuk menguji dan mentauliah keseluruhan sistem water cooled chiller di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka.

Projek ini telah berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara ‘3 dalam 1’ merangkumi dokumen Perakuan Siap Kerja (CPC), Lukisan Siap Bina serta Penyata Akaun Muktamad (SOFA). Projek ini juga telah berjaya disiapkan dalam tempoh 5 bulan dan 6 hari, iaitu 9 hari lebih awal dari jadual asal termasuk penjimatan kos projek, elemen cekap tenaga dan aplikasi inovasi. Berikut adalah dua (2) aplikasi inovasi yang telah dilaksanakan untuk projek ini:

  1. AHU Condensate Water Harvesting
  2. AHU Support Mounting Device

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan projek ini.