Date: Isnin, Disember 30, 2019

Pada 27 Disember 2019, Majlis Perasmian Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Serta Lain-Lain Peralatan Berkaitan Di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak.

Sesi menandatangani Perakuan Serahan Kerja Siap Kepada Pelanggan di antara Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Ir. Zailani bin Nagin yang juga merupakan Pegawai Penguasa Projek, dan Pn. Chitra A/P Subramaniam, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kimia Malaysia. Sesi tersebut telah disaksikan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. En. Wan Sulong bin Wan Omar, Pengarah Kanan Kualiti dan Pusat Penyelidikan, Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Khidmat Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan YBrs. Pn. Padillah binti Yahya, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak.

Majlis turut disempurnakan dengan penyerahan dokumen penyerahan Manual Operasi & Senggaraan lengkap dengan lukisan siap bina oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia kepada YBrs. En. Wan Sulong bin Wan Omar, Pengarah Kanan Kualiti dan Pusat Penyelidikan, Jabatan Kimia Malaysia.

Skop projek ini melibatkan kerja-kerja penggantian dua (2) unit Water Cooled Chiller, Chilled & Condenser Water Pump, Main Switchboard, Air Handling Unit, Cooling Tower, kerja-kerja perpaipan di dalam chiller plant room termasuk menguji dan mentauliah keseluruhan sistem water cooled chiller di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak.

Projek ini telah berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara ‘3 dalam 1’ merangkumi dokumen Perakuan Siap Kerja (CPC), Lukisan Siap Bina serta Penyata Akaun Muktamad (SOFA). Projek ini juga telah mengaplikasikan satu (1) aktiviti inovasi dalam pelaksanaan projek sebagai salah satu inisiatif mengurangkan penggunaan air terawat dengan elemen lestari menerusi produk inovasi AHU Condensate Water Harvesting dalam reka bentuk sistem penyaman udara.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan projek ini.