Date: Rabu, Februari 7, 2024

Majlis Perasmian Studio Latihan BIM JKR Malaysia di Menara PJD telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya pada 06 Februari 2024 yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Pengarah-pengarah Kanan dan Pengarah-pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis perasmian studio ini diadakan bertujuan untuk menguar-uarkan ketersediaan Studio Latihan BIM yang telah siap diubahsuai pada 09 November 2023 bagi kegunaan para pegawai di JKR, khususnya bagi program latihan, sesi fasilitasi, mesyuarat koordinasi dan sebagainya.

Diharapkan Studio Latihan BIM berwajah baru ini dapat memberi impak positif kepada semua warga JKR sebagai medan peluasan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berkaitan BIM dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian projek menerusi aspirasi pendigitalan pengurusan aset menyeluruh secara BIM.