Date: Selasa, Januari 19, 2016
Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain bersama warga JKR telah diadakan pada 19 Jan 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya.Majlis turut dihadiri oleh TKPKR (Sektor Pakar), YBhg. dato' Sr.Abdull Manaf b Hj Hashim, TKPKR (Sektor Bangunan) YBhg. Dato'Ir.Dr.Hasnul b Mohamad Salleh dan jemputan warga JKR.
 
Majlis dimulakan pada jam 9.15 pagi dengan ucapan amanat oleh YBhg.Datuk KPKR. Di dalam ucapannya, beliau menekankan supaya warga JKR bekerja dengan dedikasi dan perlu meningkatkan pengetahuan ke tahap yang diperlukan. Di samping itu,warga perlu meningkatkan tahap kecekapan dan kualiti kerja serta integriti, agar selaras dengan pangkat yang dipegang.  
 
Beliau juga menyatakan bahawa kenaikan pangkat bukanlah suatu proses yang automatik, tetapi dilihat kepada dua perkara yang utama. Pertama sekali, kepada jumlah kekosongan perjawatan yang ada dan yang kedua iaitu berdasarkan kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti tertentu, khususnya sikap, ciri-ciri kepimpinan, personaliti dan tatakelakuan.
 
Pegawai juga perlu bersikap proaktif dan peka pada persekitaran. Dalam era rangkaian internet di hujung jari pada hari ini, rungutan dan ketidakpuasan pengguna sering diluahkan secara meluas dan pantas melalui media sosial. Komen-komen netizen kadang kala adalah agak sinikal dan kasar terhadap jabatan. Sehubungan dengan itu, pegawai perlu mempunyai sikap terbuka dalam persekitaran hari ini.Tindakan proaktif warga JKR akan dapat membantu untuk lebih peka terhadap persekitaran dan mengurangkan rungutan pelanggan.
 
Majlis diteruskan dengan Perasmian EKSA oleh KPKR dengan penyampaian Manual EKSA kepada wakil-wakil cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia dan majlis diakhiri dengan penyampaian surat penempatan pemangkuan kepada semua 492 kakitangan yang terlibat.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN UCAPAN AMANAT KPKR :