Date: Selasa, Disember 20, 2022

Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 14 Disember 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis bermula jam 9.30 pagi dan dihadiri semua ketua bahagian dan warga CDPK.

Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik selama 45 minit sebagai pengisian di awal majlis. Seterusnya sesi taklimat Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) disampaikan oleh Ketua Bahagian Integriti, Encik Nizam bin Din.

Acara kemuncak majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah CDPK. YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin seterusnya diikuti dengan penyampaian anugerah kepada beberapa pencapaian oleh warga CDPK iaitu Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik,  Anugerah Pegawai Contoh CDPK Jan – Jun 2022 dan Pemenang Pertandingan Karom MAKSWIP.

Disamping itu turut diadakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada ahli kelab yang terlibat dalam kemalangan, mengalami masalah kesihatan serta kematian ahli keluarga terdekat sebagai tanda keprihatinan Kelab kepada warga CDPK.

Sesi interaksi Pengarah CDPK  bersama warga turut diadakan. Warga CDPK telah mengambil peluang untuk mengajukan soalan dan pandangan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan tamat jam 12.00 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.