Date: Rabu, March 5, 2025

Pada 24 Februari 2025 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) Tahun 2025 bersama semua ketua bahagian dan warga CDPK bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kompleks Kerja Raya.

Majlis perjumpaan ini merupakan salah satu platform hubungan komunikasi antara Pengarah dan warga CDPK bagi menyampaikan aspirasi dan pencapaian keseluruhan sepuluh (10) bahagian seliaan CDPK. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga CDPK atas segala sumbangan, usaha dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2024. Di akhir ucapan, beliau mengharapkan agar warga CDPK sentiasa berusaha untuk memastikan CDPK terus berada pada tahap yang cemerlang bagi tahun 2025.

Semasa perjumpaan ini juga turut diadakan sesi penyampaian anugerah di peringkat CDPK dan tayangan montaj iaitu :-

            i.          Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik; 

            ii.          Anugerah Pegawai Contoh CDPK Julai – Disember 2024;

            iii.         Tayangan montaj #IamJKR; dan

            iv.        Tayangan montaj aktiviti setiap Bahagian CDPK sepanjang tahun 2024.

Majlis ini juga diserikan dengan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin bersama seluruh warga CDPK dan dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah. Semoga semangat bekerjasama, komitmen dan keharmonian yang terjalin di kalangan warga kekal sehingga masa hadapan.

Majlis ini berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dan jamuan makan sehingga bersurai dalam jam 5.00 petang. Bersama ini dikongsikan Koleksi Gambar Majlis Perjumpaan Pengarah CDPK Bersama Warga Tahun 2025. (link is external)

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat