Date: Khamis, Ogos 26, 2021

Majlis Perjumpaan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat bersama Warga CDPK telah diadakan secara maya pada 25 Ogos 2021 melalui aplikasi WEBEX.

Dihadiri 300 orang warga CDPK, perjumpaan secara maya ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan dikendalikan oleh Cik Jurisah binti Mohd Isah selaku Pengacara Majlis.

Bacaan doa telah diperdengarkan oleh En. Shahrom Darmawan bin Mohd Yunus dan kemudian diiringi dengan ucapan oleh Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin.

Antara intipati yang ditekankan oleh YBhg. Dato’ Pengarah CDPK adalah pencapaian keseluruhan segala perancangan dan prestasi perbelanjaan oleh Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat sepanjang separuh tahun pertama tahun 2021.

Seterusnya YBhg. Dato’ Pengarah CDPK juga telah mengumumkan penerima Anugerah Pegawai Contoh CDPK bagi dua sesi terdahulu. Penerima Anugerah Pegawai Contoh CDPK bagi sesi Julai – Disember 2020 ialah Puan Ainilhusna binti Mohd Sharir (BPPP) dan Encik Anuar bin Mohd Dain (BKK). Manakala bagi sesi Januari-Jun 2021, penerima adalah Puan Rosmawati binti Mat Nor (BKK) dan Encik Sharulhadi bin Rashid (BPKS).

Majlis diteruskan dengan sesi tayangan montaj penyerahan sumbangan Bakul Kasih kepada warga CDPK yang terjejas dan dijangkiti oleh Covid-19.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar secara maya dan tamat jam 10.20 pagi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.