Date: Selasa, Februari 6, 2024

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah mengadakan satu Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CREaTE dan UTM pada 5 Februari 2024 (Isnin) bertempat di Galeri CREaTE. Sesi pertukaran dokumen ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE dan YBrs. Prof. Dr. Rosli bin Md. Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia yang mewakili organisasi masing-masing.

Majlis pertukaran dokumen memorandum perjanjian ini melibatkan dua projek penyelidikan secara kolaborasi di antara Centre of Electrical Energy Systems (CEES), UTM dan Makmal Penyelidkan Elektrik (MPE), CREaTE iaitu:

  1. Power Quality of a Grid-Connected Photovoltaic (GCPV) System and Its Impact on Power Factor; dan
  2. Techno-Economical Assessment of Off-Grid Photovoltaic-LED Road Lighting System: A Case Study for Melaka State.

Harapan CREaTE dan UTM melalui projek penyelidikan ini agar ianya dapat menghasilkan output dan outcome yang memberi impak yang positif kepada pembangunan negara sekali gus menjadikan CREaTE, JKR sebagai pusat kecemerlangan teknikal di dalam kejuruteraan, senibina, perolehan, pengurusan projek dan pengurusan aset dan fasiliti.