Date: Selasa, Januari 2, 2024

Majlis serahan dua Projek Siap bagi Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras dan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh dan Lain-lain Kerja Yang Berkaitan di SRA Taman Tun Perak, Hulu Langat, Selangor telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd. Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat kepada Tuan Mohd Sayuti Bin Azmi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia selaku wakil pelanggan projek SMK Bandar Damai Perdana dan Tuan Mohd Faizal Bin Abdul Raji selaku wakil pelanggan projek SRA Taman Tun Perak pada 28 Disember 2023 bertempat di bilik mesyuarat JKR Hulu Langat pada jam 11.00 pagi.

 

Turut menyerikan majlis ini adalah Bahagian Forensik Tanah Runtuh CKC JKR HQ, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Ir. Rohaida binti Rashid, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Jabatan Agama Islam Selangor, wakil SMK Bandar Damai Perdana, wakil SRA Taman Tun Perak, wakil Mersik Global Ventures dan Erabena Jaya REsources selaku kontraktor utama projek dan Pegawai-Pegawai daripada JKR dan Agensi lain yang terlibat.

 

Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-kerja Berkaitan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras telah dilaksanakan secara tender terbuka dengan pelaksanaan secara konvensional. Manakala Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh dan Lain-lain Kerja Yang Berkaitan di SRA Taman Tun Perak, Hulu Langat pula telah dilaksanakan secara reka dan bina (Design & Build).

Tujuan kedua-dua projek ini dilaksanakan adalah bagi menyelesaikan isu cerun runtuh berada di luar kawasan sekolah. Projek SMK Bandar Damai Perdana ini telah dimulakan pembinaannya pada 23 November 2022 dengan kos asal sebanyak RM 1.331 juta manakala SRA Tun Perak pula dimulakan pembinaannya pada 10 Oktober 2022 dengan kos asal sebanyak RM 1.55 juta. Pembinaan projek ini juga telah diperaku penyiapannya pada 21 November 2023 dan 31 Julai 2023.

 

Skop utama projek ini terdiri dari kerja-kerja pembaikan cerun runtuh. Projek ini dikategorikan sebagai kriteria siap EMPAT (4) DALAM SATU (1) iaitu;

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)

2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)

3. Statement of Final Account (SOFA)

4. Penyediaan Coffee Table Book (Hardcopy/Digital)

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR, Bahagian Bangunan JKR Selangor, Pasukan Projek JKR Daerah Hulu Langat serta kontraktor utama dan subkontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

serah projek

serah projek

serah projek

serah projek

serah projek

serah projek

serah projek

serah projek

serah projek