Date: Isnin, Julai 22, 2019

Majlis serahan projek siap bagi KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF MASJID NEGARA KUALA LUMPUR, FASA KE-2 telah diadakan pada 19 Julai 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada YBhg. Dato’ Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri selaku wakil Pelanggan.

Turut menyerikan majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Haji Ismail Bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Datuk Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 selaku Pengurus Program, YBhg. Tuan Haji Noor Azman bin Ramlee, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pengarah Projek, YBhg. Datuk Hj. Zaluzi bin Sulaiman, Pengarah Urusan D’Intan Trade Sdn Bhd, selaku kontraktor projek serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada JKR, JPM, JAKIM dan Masjid Negara.

Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Masjid Negara yang dilaksanakan secara reka dan bina bagi memberi keselesaan para jemaah dengan kos asal sebanyak RM 35,192,000.00 dan disiapkan dalam tempoh 30 bulan.

Skop projek ini melibatkan pembinaan baru, kerja konservasi, kerja membaikpulih dan menaiktaraf. Skop bagi pembinaan baru ialah sebuah blok pentadbiran baharu 3 tingkat, pemasangan 1 unit lif baharu, 7 lot ruang niaga dan laluan pejalan kaki berbumbung. Skop kerja konservasi dan menaiktaraf antaranya meliputi sebahagian besar kawasan Masjid Negara, Kelas Pengajian Agama, sistem mekanikal dan elektrikal antaranya menaiktaraf sistem penyaman udara, sistem pencegah kebakaran, pendawaian semula, CCTV dan façade lighting serta menaiktaraf landskap.

Projek ini dikategorikan sebagai kriteria siap TIGA BELAS (13) DALAM SATU (1) iaitu;
 

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, CPC) beserta Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) – tarikh CPC 5/7/2019 dan tarikh CCC 3/7/2019;
  2. Tarikh serahan kepada pelanggan serentak dengan tarikh CPC – tarikh serahan dan tarikh CPC 5/7/2019;
  3. Projek siap tanpa Lanjutan Masa (EOT)
  4. Projek siap awal – tarikh siap awal asal 7/7/2019, tarikh siap sebenar 5/7/2019
  5. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawings) dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
  6. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account, SOFA) – SOFA disediakan bersama CPC;
  7. Zero Major Defects - Tiada kecacatan projek yang besar direkodkan;
  8. Zero Lost Time Injuries (LTI) - tiada kemalangan besar sepanjang 21,744 jam bekerja;
  9. Penjimatan Kos Kontrak sebanyak RM 907,398.03.
  10. Pematuhan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) – pelaksanaan kerja-kerja konservasi mematuhi AKTA dan kehendak Jabatan Warisan Negara (Masjid Negara diklasifikasikan sebagai bangunan Warisan Kebangsaan);
  11. Skor IBS mencapai 78.19 – melebihi slor 70 yang ditetapkan dalam kontrak;
  12. Pengikirafan 3 Bintang Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC) oleh CIDB;
  13. Coffee Table Book – “Breaking the Barriers: Conserving Modern Heritage

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 1, HODT, JKR Wilayah Kuala Lumpur, pihak kontraktor projek dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.