Date: Isnin, April 1, 2024

Pada tanggal 13 Mac 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Tingkat 14, Menara PJD Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan penyerahan rasmi pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu PROJEK MENAIK TARAF MARKAS SMART, PULAU MERANTI, SELANGOR.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu KUSINERO IMPIAN SDN. BHD. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa kepada wakil JKR Negeri Selangor YBrs. Ir. Haji Roslan bin Haji Ibrahim. Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Aku Janji oleh kontraktor dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Ir. Malik bin Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),  YBrs. Ar. Abd Shukor bin Ismail, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 3 CKBA 1, YBrs. En. Mohd Shafiq bin Rozali, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri dan YBrs. PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta wakil-wakil agensi, HOPT dan HODT.

Projek ini adalah projek di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku agensi pelanggan dan Pasukan SMART sebagai agensi pengguna.  Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk memastikan fasiliti dan kemudahan sedia ada di Markas SMART selamat digunakan serta dapat berfungsi dan beroperasi dengan baik. Ini sekaligus dapat memastikan keselesaan, keselamatan dan kebajikan anggota  SMART terus terjaga meskipun perlu berada dalam keadaan siap siaga sepanjang masa dan bersedia menerima arahan atur gerak dalam pelbagai situasi bencana dan kecemasan pada setiap masa.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Moga projek ini dapat disiapkan dengan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.