Date: Jumaat, November 15, 2024
8 November 2024 - Bertempat di bilik mesyuarat utama, Tingkat 5, Blok F, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek bagi projek Menggantikan Jambatan Di Laluan Persekutuan FT12 (Segamat – Gambang) Seksyen 102, Sungai Temiang, Pekan, Pahang.
Majlis ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Surat Setuju Terima dan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa telah diserahkan kepada kontraktor serta Jurutera Daerah oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra). Turut Hadir sama YBrs. Mohamad Sharip bin Wahijan, Yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Cawangan Jalan; YBrs. Rozita binti Mat Senapi, Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Intergrated Petroleum Complex (PIPC) dan Khas Jalan (PPKJ) dan wakil Kementerian Kerja Raya (KKR).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek mengikut tempoh, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1159 bacaan