4 September 2024 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Tingkat 14, Menara PJD Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan rasmi pelantikan Wakil Pegawai Penguasa (Utama) bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu Projek Menaiktaraf Dan Memulihara Bangunan Canseri Kediaman Rasmi Dan Kuarters HBS Di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di Singapura.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 yang juga telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu WSA LAND LORD SDN. BHD. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan surat pelantikan Wakil Pegawai Penguasa (Utama) kepada YBrs. Ar. Abd Shukor Bin Ismail, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 3, CKBA 1. Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Aku Janji oleh kontraktor dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 dan pihak pelanggan iaitu Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Turut hadir bersama adalah YBrs. En. Sanmugan Subramaniam, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Negeri Malaysia; En. Imran b Ibrahim @ Kharim, Jurutera Awam, Kementerian Luar Negeri Malaysia; YBrs. Ar. Abd Shukor bin Ismail, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 3 CKBA 1, serta wakil-wakil agensi, HOPT dan HODT.
Pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding dimana syarikat DI+ Architect Pte Ltd. iaitu perunding tempatan di Singapura telah dilantik sebagai Lead Consultant bagi projek ini. Projek ini adalah bertujuan menyediakan fasiliti yang selamat, selesa dan kondusif kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Singapura dan juga kepada para pengunjung yang datang atas pelbagai urusan selain dapat mengoptimumkan penggunaan hartanah milik KLN di luar negara. Skop projek utama adalah melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan baru Annex, pembaikan dan naik taraf melibatkan kerja senibina serta mekanikal dan elektrik di Bangunan Canseri, Rumah Malaysia, HBS Kuarters, Dewan Serbaguna serta termasuk kerja-kerja luaran.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Diharapkan projek ini dapat disiapkan dengan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Semoga dengan siapnya projek ini kelak akan memberi banyak manfaat kepada warga kerja dan para pengunjung yang berurusan di Kedutaan Besar Malaysia di Singapura.
- 2042 bacaan