Date: Jumaat, March 3, 2023

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek MEMBINA BAHARU KOMPLEKS EHSAN SLIM RIVER, PERAK telah diadakan pada 2 Mac 2023 (Khamis) di Menara Kerja Raya Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir.Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya beserta YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Puan Syahidatul Aazimah binti Ahmad Sidique, Setiausaha Bahagian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBrs. Encik Mohd Mahir bin Mohd Tahir, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pasukan projek HOPT, HODT dan perunding.

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Hj. Hamdan bin Ali, Pengarah JKR Negeri Perak disusuli dengan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor DNA BENTARA SDN. BHD.

Projek ini adalah di bawah Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Ke-11 dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku agensi Pelanggan.  Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk menyediakan tempat serta persekitaran selamat yang dilengkapi pelbagai fasiliti kepada warga emas dan pesakit terlantar berumur 60 tahun ke atas yang memerlukan perlindungan selaras dengan Dasar Warga Emas Negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga Projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara. 

 

Bahagian Pengurusan Projek 2

Cawangan Kerja Bangunan Am 1