Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) Tender Perdana bagi 32 buah Projek Operasi, Senggara, Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai Dan Naiktaraf (OSPPUN) Di Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 (Fasa Ketiga Belas. Fasa Keempat Belas, Fasa Kelima Belas Dan Fasa Tambahan) telah diadakan pada 19 Jun 2024 (Rabu) di Aras 12, Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JKR Negeri Terengganu,Terengganu.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu, YBrs. En. Anuar Bin Mohd Azlan, Timbalan Pengarah JKR Negeri Terengganu (Pembangunan); YBrs. En. Mohd Shahril Bin Shamsudin, Timbalan Pengarah JKR Negeri Terengganu (Pentadbiran & Kewangan); En. Wan Mohd Rahim Bin Yusof, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), dan semua pasukan projek yang terlibat.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Muhammad Nur Fahmi Bin Md Saad, Jurutera Awam Kanan Bahagian Bangunan JKR Negeri Terengganu diikuti dengan taklimat kontrak yang disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Kontrak & Ukur Bahan. Seterusnya, sesi tayangan montaj penyerahan SST Perdana.
Majlis Gimik Perasmian bagi penyerahan SST Perdana dan diteruskan lagi dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang berjaya secara serentak dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada Jurutera Daerah yang terlibat.
Projek-projek ini telah diluluskan untuk pelaksanaan dengan jumlah 49 buah sekolah tersenarai di peringkat Negeri Terengganu dengan KPM sebagai kementerian pelanggan dan pihak sekolah yang tersenarai adalah sebagai pengguna. Objektif pelaksanaan projek ini adalah selaras dengan matlamat KPM dalam menyediakan fasiliti yang kondusif untuk kegunaan warga pendidik serta pelajar.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan adalah diharapkan pihak kontraktor dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dengan menepati masa, kualiti dan kos yang telah ditetapkan. Setinggi ucapan terima kasih terutamanya kepada Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia, pasukan projek JKR Negeri Terengganu dan Daerah, serta semua pihak yang terlibat. Semoga kesemua projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.
- 2486 bacaan