Date: Khamis, Oktober 13, 2016

Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin bagi mendoakan kesihatan YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Hj. Zaini Omar telah diadakan pada 13 Okt 2016 jam 8.30 pagi bertempat di Surau tingkat 3, Menara Kerja Raya. YBhg. Tan Sri Dato' sedang dirawat di Hospital University Munich, German selepas berlaku komplikasi paru-paru semasa mengadakan lawatan ke sana mewakili satu GLC.
 
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, pengurusan tertinggi JKR serta kakitangan JKR muslimin dan muslimat.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato Sri KPKR dan seterusnya Solat hajat dan disusuli dengan bacaan surah Yaasin yang dipimpin oleh Encik Johari Husin (CKE) dan bacaan doa' oleh Ir. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi (CDPK).

Marilah kita semua mendoakan agar YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Hj. Zaini Omar segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.