Date: Ahad, September 19, 2021

Majlis tandatangan Nota Kerjasama Antara Jabatan Kerja Raya Malaysia Dan Jabatan Kerja Raya Sabah Bagi Pelaksanaan Program Integrasi Data Sistem PALMS - SKALA telah berlangsung dengan jayanya pada 17 September 2021 (Jumaat) bertempat di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat JKR Sabah jam 11.00 pagi.

Nota kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ir. Haji Badioezaman Bin Ab. Khalik dan Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir. Haji Ali Ahmad Bin Hamid.

Sesi tandatangan tersebut turut disaksikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Bung Moktar Bin Radin, Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Turut hadir juga pada sesi tersebut adalah YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah (I) dan YB Datuk Robert Tawik @ Nordin, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah (II)

Tujuan nota kerjasama ini diadakan adalah untuk melaksanakan program integrasi antara data Sistem PALMS – SKALA dan objektif program kerjasama ini adalah seperti berikut;

  1. Maklumat projek dapat dicapai secara talian dengan cepat dan tepat.
  2. Meningkatkan kecekapan sistem antara Persekutuan dan Negeri.
  3. Embracing digital edge
  4. Mengurangkan proses dan birokrasi.
  5. Meningkatkan imej Persekutuan dan Negeri.

Integrasi sistem PALMS dan SKALA dapat memberi manfaat kepada pegawai JKR Malaysia dan JKR Sabah di dalam mengurus projek-projek yang sedang dilaksanakan. Melalui pemantauan projek yang dilakukan ianya yang berupaya dapat memberikan maklumat yang tepat dan terkini serta membantu Jabatan untuk mencapai sasaran objektif dan misi yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Unit Pemantauan Prestasi Projek, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks CPAB, Bahagian Sekretariat CDPK, Bahagian Teknologi Maklumat CDPK dan JKR Sabah serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan program kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.