MAKLUMAN PEMBAHARUAN SKIM AKREDITASI MAKMAL MALAYSIA (SAMM) BAGI CREaTE DARI JABATAN STANDARD MALAYSIA
Satu audit Re-Assessment MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah dilaksanakan untuk memperbaharui Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi makmal-makmal di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Audit ini telah dijalankan pada 27 dan 28 Jun 2022, yang melibatkan pasukan juruaudit dari JSM dan juga Makmal Penyelidikan Elektrik, Makmal Penyelidikan Geoteknik, Makmal Penyelidikan Struktur & Konkrit, dan Alam Sekitar, Makmal Penyelidikan Mekanikal, dan Makmal Penyelidikan Jalan.
Susulan dari audit tersebut, pasukan makmal penyelidikan yang terlibat telah mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan (NCR) yang diterima dan kesemua NCR telah berjaya ditutup sebelum tarikh akhir iaitu 26 September 2022.
Hasilnya, CREaTE telah berjaya memperbaharui Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) melalui surat yang telah dikeluarkan JSM pada 7 Oktober 2022. Tempoh akreditasi terkini berkuatkuasa dari 26 September 2022 hingga 1 Disember 2025.
Skop pengujian yang telah diakreditasi mengikut makmal penyelidikan yang terlibat adalah seperti di jadual berikut:
Makmal Penyelidikan | Materials/Products Tested | Type of Test/ Properties Measured/ Range of Measurement |
| Moulded Case Circuit Breaker (MCCB) | Opening Under Overload Conditions (up to 400A) |
Miniature Circuit Breaker (MCB) | Test of Time Current Characteristic | |
Test of Instantaneous Tripping and of Correct Opening of the Contacts | ||
| Soil | Determination of moisture content (Oven Drying Method) |
Determination of liquid limit (Cone Penetrometer Method - Definitive Method) | ||
Determination of plastic limit (Mould and roll by finger) | ||
| Building Materials | Steady-State Thermal Transmission Properties |
Struktur & Konkrit, dan Alam Sekitar | Concrete | Compressive Strength of Concrete Cube/Cylinder |
Compressive Strength of Concrete Core | ||
Metallic Materials | Tensile Test of Metallic Materials | |
| Asphalt | Bulk Specific Gravity and Density of Non- Absorptive Compacted Asphalt Mixtures |
Marshall Stability and Flow of Asphalt Mixtures | ||
Thickness or Height of Compacted Asphalt Mixture Specimens | ||
Preparation of Asphalt Mixture Specimens using Marshall Apparatus | ||
Bitumen | Penetration of Bituminous Materials | |
Softening Point of Bitumen (Ring and Ball) |
Maklumat lengkap status akreditasi bagi makmal-makmal penyelidikan di CREaTE boleh dirujuk di lawan sesawang www.jsm.com.my (link is external).
- 1141 bacaan