Date: Selasa, Ogos 9, 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Norazian Binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan (M54) telah ditempatkan sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, JKR yang baru bermula pada 8 Ogos 2016. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Seksyen Pengurusan Inovasi dan Dasar di Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri dan berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan sumber manusia.

Warga Jabatan Kerja Raya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan beliau ke Jabatan ini dan diharapkan beliau dapat memberikan khidmat kepakaran serta komitmen yang padu dalam meneruskan kecemerlangan JKR.