Date: Jumaat, Februari 17, 2023

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dan rendah diri pejabat ini merujuk kepada perkara di atas.

2.     Baru-baru ini masyarakat dunia dikejutkan dengan kejadian bencana gempa bumi yang dahsyat berlaku di Turkiye dan Utara Syria yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda. Sehingga kini angka kematian telah mencecah lebih 30,000 di Turkiye dan lebih 4,000 di Syria. Angka ini dikhuatiri semakin meningkat dan kerja-kerja mencari serta menyelamat masih berterusan.

3.    Sebagai warga Malaysia, kita sentiasa peka dan prihatin dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada semua yang memerlukan terutamanya di saat gentir tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan Negara. Lantaran itu, Tabung Gempa Bumi Turkiye-Syria #JKR Prihatin telah diwujudkan bagi mengutip sumbangan dalam bentuk kewangan daripada warga JKR. Hasil kutipan ini akan diserahkan kepada Pertubuhan Islamic Relief Malaysia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk diagihkan kepada penduduk Turkiye dan Syria bagi membantu menyediakan keperluan asas dengan kadar segera seperti makanan, khemah, alat pemanas dan sebagainya.

4.         Kutipan tabung ini akan dibuka mulai pada hari ini 17 Februari 2023 (Jumaat) sehingga 28 Februari 2023 (Selasa) sebelum jam 6.00 petang. Sumbangan ikhlas daripada YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan ke:
              
Nama Bank : Bank Kerjasama Bank Rakyat
No Akaun : 1100120766
Nama Akaun : Surau Blok G, Menara Kerja Raya
Rujukan : JKR Prihatin Turkiye Syria

5.    Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sekretariat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat seperti berikut:
 
i.    Ir. Hj. Ashlie bin Hj. Abd. Rahim  :  03-2618 8609 / 017-366 1766
ii.    Ir. Ts. Mohd Hazery bin Hj. Md Shamsi  :  03-2618 8699 / 011-1212 0353  
iii.   Ahmad Hasbullah bin Mahmud  :  03-2618 8459 / 012-949 6542
iv.   Aidil Arif bin Abdul Malek  :  03-2618 8467 / 018-217 5864
             
6.    Adalah dipohon kerjasama YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan/ Puan untuk turut memanjangkan dan menguar-uarkan kepada seluruh warga kerja JKR di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan. Segala kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini sangatlah dihargai. Semoga sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.
 
Sekian, terima kasih.