Date: Jumaat, November 22, 2024

Pada 21 November 2024 (Khamis), Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah melaksanakan Mesyuarat Pemantapan Pegawai Prestasi Dan Pegawai Pemantau Risiko JKR bagi Tahun 2024 . Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkasakan kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab Pegawai Prestasi dan Pegawai Pemantau Risiko dalam melaksanakan pemantauan dan pelaporan  Pelan  Strategik, Pelan Bisnes, Pelan Risiko Organisasi (ERM) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) JKR Malaysia.

Mesyuarat yang diadakan secara tahunan ini dihadiri tetamu jemputan khas dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Encik Farouk Shaffrizal bin Othman selaku Ketua Penolong Setiusaha, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik untuk memberi perkongsian tentang hala tuju Pelan Strategik dan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) MINDEF 2021-2025. Selain itu, ahli mesyuarat juga terdiri daripada Peneraju Tema, Pegawai Prestasi dan Pegawai Pemantau Risiko JKR. Mesyuarat pada kali ini diadakan secara hybrid dengan dihadiri oleh 71 orang peserta di kalangan Urus Setia, Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko JKR merangkumi Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/Pasukan Projek Khas.

Pengisian mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Taklimat Sistem MyKPI 2.0;
  2. Taklimat Pengenalan Program Demerit Performance Evaluation (DEEP) ;
  3. Taklimat Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM);
  4. Taklimat Pelan Strategik dan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) oleh MINDEF; dan
  5. Perkongsian pengalaman Cawangan Kerja Keselamatan dan JKR Negeri Perak dalam melaksanakan pengurusan Pelan Bisnes dan Pelan ERM.

Sesungguhnya penganjuran mesyuarat ini merupakan salah satu usaha berterusan jabatan bagi memastikan warga JKR terus komited dalam melunaskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi memastikan JKR kekal unggul sebagai agensi teknikal terulung negara.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat