Mesyuarat Arkitek JKR Malaysia (MArM) 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 - 13 Jun 2024 bertempat di Amverton Heritage Resort Ayer Keroh Melaka. Majlis Perasmian MArM 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. IR. Haji Zulkifli Bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) (Menjalankan Tugas TKPKR (Sektor Pakar)).
Acara dwi-tahunan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu terkini disiplin Arkitek secara menyeluruh yang merangkumi isu-isu penyampaian projek, pengurusan sumber manusia dan lain-lain perkara berkaitan pembangunan disiplin senibina. MArM 2024 disertai oleh 200 orang Arkitek dari seluruh negara. Selain dari penyertaan Arkitek-arkitek dari semua cawangan di ibupejabat JKR, penyertaan juga termasuk dari JKR Negeri, CrEATE dan Kader-kader di Kementerian.
Edisi MArM 2024 juga turut melancarkan soft launch bagi :-
- JKR Pre-Approved Plans (PAP): Siri Ke-3 Edisi 2
- iManual Pengurusan Reka Bentuk Fasiliti Kesihatan JKR: Jilid I – Arkitek
- Prosedur Operasi Piawai (SOP) Perolehan Perkhidmatan Perunding Utama (Lead Consultant)
- Handbook Reka Bentuk Senibina Fasiliti Keselamatan
- Pentas - Kolaborasi (CREaTE) & Cawangan Arkitek
Di sepanjang berlangsungnya MArM 2024 ini, beberapa siri pembentangan kertas kerja telah diadakan sebagaimana berikut:
i. PEMBENTANGAN 1
Pn. Jamilah Halina binti Abdul Halim, CREaTE
- Studies on Vertical Greenery System in JKR: Case study Block F, IP JKR, Kuala Lumpur and Block A, CREaTE, Melaka
ii. PEMBENTANGAN 2
Ar. Razin Mahmood, Razin Architects Sdn. Bhd.
- Seni Bina & Kelestarian
iii. PEMBENTANGAN 3
Pn. Monaliza Mohd Hassan, CASKT
– Sustainable Development Goals (SDG)
iii. PEMBENTANGAN 4
Pn. Rohani Binti Rohadi, CKP
- Lawatan Kerja Bersepadu KPT & JKR ke Dewan Malaysia Sydney & Dewan Malaysia London
MArM 2024 juga turut membuat pengiktirafan bagi Arkitek-arkitek yang menerima pengiktirafan Professional dari Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Pencapaian Tahap 4 bagi sijil kompetensi dan juga penyampaian sijil kepada para pemenang pertandingan rekabentuk PAP.
MArM 2024 melabuhkan tiranya pada petang hari kedua dengan sesi rumusan dan penyampaian amanat dari pihak Pengurusan Atasan Disiplin Arkitek. Semua Arkitek diseru untuk meningkatkan mutu kerja dan kompetensi bagi menghasilkan produk kesenibinaan yang bermanfaat kepada disiplin, jabatan, negara dan masyarakat.
- 1527 bacaan