Date: Jumaat, March 3, 2023

 

MESYUARAT KETUA DISIPLIN ARKITEK BERSAMA ARKITEK KANAN JKR MALAYSIA 2023

Pada 27 & 28 Februari 2023, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek Kanan JKR Malaysia 2023 di Auditorium Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM), Bandar Enstek. Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan YBrs. Sr Amran bin Hj. Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) – yang telah sudi meluangkan sedikit waktu untuk merasmikan Mesyuarat Arkitek Kanan JKR pada kali ini. Mesyuarat ini dihadiri oleh 90 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader. Keseluruhan bilangan yang hadir adalah 120 orang dimana terdapat penglibatan bersama pihak vendor untuk bahan pameran BIM ~ Vendor Metaverse & Autodesk dan juga urusetia mesyuarat.

Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

Hari Pertama (27 Februari 2023 - Isnin)

  1. Ucapan Pembukaan oleh YBhg. Datin Ar. Yong Razidah Bt. Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek
  2. Ucapan Perasmian oleh YBrs. Sr Amran Bin Hj. Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)
  1. Sesi Bergambar / Sesi Lawatan Booth & Penyerahan Sijil Kepada Pempamer

4.   SESI 1

       i.   Leadership in Project  Management oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman Bin Md Hashim

ii.   Interpersonal Leadership Towards Better Engagement and Productivity oleh En.  Aswandi bin Omar

5.   Sesi Soal Jawab

6.   SESI 2

  1. Knowledge Sharing ‐ Kembara Ilmu Bumi Oz oleh Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman

7.   SESI 3

i.    PAP Reka Bentuk Inspirasi Rakyat  Dalam Memacu Pembangunan Negara 

ii.      Pencapaian dan Cabaran  oleh Ar. Rohaimi bin Mansor

     8.   Sesi soal jawab

     9.   Hala Tuju Pembangunan Kerjaya Disiplin Arkitek oleh Pn. Noor Ainy Bt. Burhanudin, ArPK, BPKS, CA

 

Hari Kedua (28 Februari 2023 - Selasa)

FORUM ARCHITECT’S ROLE IN EXCELLENT PROJECT DELIVERY (PART II)

1.        SESI 4    

Menggalas Keunggulan Arkitek JKR di Negeri “Persediaan , Tanggungjawab & Cabaran” oleh Ar. Mohammad Zaid bin Saad ‐ JKR Selangor

  1.      SESI 5

                   i.        Persediaan & Cabaran Sebagai WPP oleh En. Mohd Yazid bin M. Nasir

 SESI DIALOG & PERCAMBAHAN FIKIRAN

  1.      SESI 6

                  i.        Sesi Dialog

  1.      Resolusi Oleh Pengurusan Tertinggi Disiplin Arkitek

Ketua Disiplin Arkitek mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Urusetia dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan para Arkitek Kanan yang telah menghadiri serta menjayakan mesyuarat tahunan Arkitek Kanan JKR Malaysia ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.