Date: Ahad, March 10, 2019

Pada 4 hingga 5 Mac 2019, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Arkitek Kanan JKR Malaysia Bil. 1/2019 di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Datin Ar. Hjh. Mariani Noor Bt. Hj. Suhud, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan telah dihadiri oleh 92 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.

 

Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

1.Ucapan Pembukaan oleh Ketua Disiplin Arkitek oleh YBhg. Datin Ar. Hjh. Mariani Noor Bt. Hj. Suhud, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek

2.Pelancaran Dokumen Landscape Designer Toolkit

3.Sesi Bergambar Rasmi

4.Sesi Knowledge Cafe

5.Sesi Mesyuarat membincangkan isu-isu berkaitan :

   a)Local Authorities & Submission, Urusan Rundingan

   b)Bomba Requirement

   c)Discrepancies in Drawings and BQ

   d)Roles & Responsibilities HODT vs WPP

   e)Strategi Pelaksanaan Projek AP182

   f)Isu & Masalah Pelaksanaan Projek di Negeri

   g)Resources (Man, Machinery, Money, Method, Material)

   h)Competency (Pensijilan)

   i)Readiness for Corporatisation

   j)Kegagalan JKR Strategik – Peringkat Disiplin

6.  Resolusi 2019

Ketua Disiplin Arkitek mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Urusetia yang terlibat dan para Arkitek Kanan yang telah menghadiri serta menjayakan mesyuarat tahunan Arkitek Kanan JKR Malaysia ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.