MESYUARAT, BENGKEL DAN TAKLIMAT PENYELARASAN MYKJ JKR NEGERI DAN DAERAH PERAK

Mesyuarat, Bengkel dan  Taklimat Penyelarasan MyKJ di JKR Negeri dan Daerah Perak anjuran Unit Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsung pada 14 & 15 September 2015 bertempat di Makmal Komputer JKR Perak.

Bengkel dan  taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada penyelaras negeri dan penyelaras daerah serta kakitangan yang terlibat terhadap kepentingan pengisian dan pengemaskinian maklumat dalam sistem MyKJ. Peranan sebagai penyelaras juga telah diterangkan kepada semua penyelaras negeri dan daerah dimana kebanyakannya tidak mengetahui fungsi tugas sebagai penyelaras MyKJ. Ianya juga bertujuan untuk memberi kefahaman dan tunjuk ajar kepada peserta tentang langkah-langkah pengemaskinian maklumat dalam sistem MyKJ terutama di Modul Rekod Utama untuk Penempatan Waran dan Penempatan Bertugas.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Encik Suhardi Perwira Negara bin Shuib telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan bengkel dan  taklimat ini yang dihadiri oleh penyelaras negeri dan daerah di JKR Perak yang terlibat dalam pengemaskinian maklumat MyKJ dengan jumlah keseluruhan peserta adalah  seramai lebih kurang 58 orang. Bengkel dan  taklimat ini juga telah dijayakan oleh penyampai taklimat dan bantuan oleh pihak urusetia MyKJ dengan kerjasama pihak JKR Perak.

Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, bengkel dan taklimat ini merupakan satu platform yang sesuai untuk semua penyelaras  Cawangan, Negeri dan Daerah di setiap negeri dan cawangan di ibu pejabat untuk bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat dalam memantapkan lagi sistem MyKJ. Bengkel dan taklimat ini akan diteruskan di JKR cawangan,negeri-negeri dan daerah-daerah di seluruh Malaysia pada masa akan datang.