Date: Isnin, April 5, 2021

Butiran program: Mesyuarat Dwi Tahunan AKRAB JKR dan Kursus Pemantapan AKRAB JKR Tahun 2021

Tarikh program: 7 dan 8 April 2021

Mesyuarat Dwi Tahunan AKRAB JKR Malaysia diadakan setiap dua tahun sekali. Dalam mesyuarat tahunan ini, AJK akan memaklumkan semua ahli AKRAB JKR mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan perancangan untuk aktiviti yang akan  dilaksanakan pada tahun 2021 beserta pembentangan perbelanjaan AKRAB tahun 2020. Mesyuarat ini juga merupakan platform yang sesuai untuk menyelaras dan mengenalpasti dengan lebih dekat isu dan masalah pelaksanaan pelbagai program yang telah dilaksanakan seterusnya memperkasakan keberkesanan peranan AKRAB di JKR.

Manakala, Kursus Pemantapan AKRAB JKR pula diadakan selepas Mesyuarat Dwi Tahunan AKRAB JKR..Kursus ini adalah penting bagi meningkatkan lagi kemahiran bimbingan selain mempunyai ketahanan diri yang tinggi, empati, sabar, jujur, amanah, bekerjasama dan sebagainya bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam menjalankan tugasan mereka. Bimbingan yang berkesan mampu membantu seseorang pegawai itu untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal.