Date: Selasa, Februari 23, 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bil.1 Tahun 2021 dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta dihadiri bersama oleh ahli-ahli JPAK telah selesai berlangsung dengan jayanya pada 22 Feb 2021 (Isnin), jam 9.30 pagi secara atas talian (online conference).

Mesyuarat JPAK Bil.1 Tahun 2021 pada kali ini telah mencapai beberapa keputusan seperti berikut iaitu:-

  • Dokumen Pelan Strategi Pengurusan Aset Tak Alih (PSPATA) 2021-2030 diluluskan dan telah dipersetujui untuk dikuatkuasakan penggunaannya kepada semua kementerian/ jabatan/ agensi persekutuan.
  • Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah dilantik sebagai badan pemantau kepada dokumen PSPATA 2021-2030.
  • Dokumen pindaan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) akan dipanjangkan ke pejabat Perdana Menteri untuk ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri.
  • Dokumen pindaan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) Versi 2.0  dan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Versi 2.0 Kategori Bangunan juga turut diluluskan dan dikuatkuasakan penggunaannya kepada semua kementerian/ jabatan/ agensi persekutuan.
  • Resolusi National Asset & Facility Management Conference (NAFAM) 2018 adalah diluluskan dan keperluan penambahbaikan pada resolusi berikut iaitu:-
  • Resolusi 4 (Menambahbaik kaedah perancangan dan penyediaan bajet khusus untuk Pengurusan Aset Kerajaan berdasarkan Asset Life Cycle dan;
  • Resolusi 5 (Memperkukuhkan dasar Asset Monetization untuk tujuan penjanaan pendapatan daripada aset Kerajaan sedia ada)
  • Persetujuan penyertaan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai peneraju bersama bagi Resolusi 4 NAFAM 2018.

 

Pihak YBhg. Tan Sri KSN berharap segala keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan berkesan agar pengurusan aset Kerajaan akan terus mantap. YBhg. Tan Sri KSN turut mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak Urus Setia JPAK (JKR) di atas penganjuran Mesyuarat JPAK yang amat komprehensif pada kali ini.