Date: Rabu, November 9, 2016

Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek JKR Malaysia 2016 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 31 Oktober dan 1 November 2016 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli B. Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan telah dihadiri oleh 221 orang Arkitek dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Pejabat Kader. Turut sama meluangkan masa menghadiri mesyuarat tersebut adalah barisan Pengurusan Tertinggi Disiplin Arkitek JKR Malaysia:

  • Y.Bhg. Dato’ Sri Ar. Dr. Amer Hamzah B. Mohd Yunus (Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan); 
  • Ar. Zairul Azidin B. Badri (Pengarah Kanan Cawangan Arkitek selaku Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia); 
  • Ar. Mohd Annuar B. Ngah (Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan);
  • Y.Bhg. Datin Ar. Hjh. Mariani Noor Bt. Suhud (Pengarah Bhgn. Reka Bentuk & Multimedia Cawangan Arkitek);
  • Pn. Zan Fatimah Bt. Maon (Pengarah Bhgn Reka Bentuk & Pembangunan Kepakaran Cawangan Arkitek); dan
  • Pn. Zawidatul Asma Bt. Ghazali (Pengarah Kejuruteraan - Pakar Pengurusan Nilai, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu).

Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

1.         Pembentangan Laporan Status Pelan Bisnes Arkitek JKR 2016 - 2020:

  • Kumpulan 1 - Outstanding Project Delivery, oleh En. Azmi B. Wahab
  • Kumpulan 2 - Co-Creative Customer Experience, oleh Ar. Hj. Zamhuri B. Ramli
  • Kumpulan 3 - Centre of Technical Excellence, oleh Pn. Haslina Bt. Sumairi
  • Kumpulan 4 - Leading Sustainability, oleh Tn. Hj. Mohammad Isa B. Hussain & Pn. Noor Laily Bt. Mohamad
  • Kumpulan 5 - Innovative Organization, oleh Tn. Hj. Abd Gaffar B. Abu

2.          Pembentangan Kertas Kerja:

  • Pencapaian Resolusi Mesyuarat Tahun 2015, oleh Tn. Hj. Zainal Fitri B. Hassan
  • The Making Of... VAT 69 , oleh En. Shamsul Nazair B. Mohd Yunus & Pn. Azlita Bt. Othman
  • Penarafan Hijau..Way Forward…, oleh Pn. Zainon Bt. Jaini
  • PROGRAM PEMBAIKAN SEKOLAH DAIF LUAR BANDAR : Perlaksanaan Sekolah Daif Di Negeri Sabah & Sarawak;       Konsep Modul Bilik Darjah, Asrama dan Tandas Jenis Sistem Terbuka IBS JKR, oleh En. Massrol Nizzam B. Md Salleh
  • Projek Park & Ride, Klang, oleh En. Saiful Fazli B. Ramli

3.         Acara-acara lain:

  • Pelancaran CoffeeTable Book Cawangan Arkitek
  • Sesi Jalinan Mesra Arkitek JKR Malaysia, oleh En. Saiful Fazli B. Ramli, Ar. Nazaruddin B. Muhammad, En. Massrol Nizzam B. Md Salleh & Pn. Eriehan Zaharah Bt. Ismail
  • Sesi Dialog dan Resolusi bersama Pengurusan Tertinggi Arkitek JKR

 

Urusetia Induk mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan Arkitek yang telah menjayakan mesyuarat ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.