Date: Jumaat, Ogos 3, 2018

Pada 29 – 31 Julai 2018, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek JKR Malaysia 2018 di Institute of Leadership & Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ucapan pembukaan mesyuarat telah disampaikan oleh YBhg. Datin Ar. Mariani Noor Bt. Suhud, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan mesyuarat telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 191 orang Arkitek Gred J41 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.

 

Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Malam Jalinan Mesra Arkitek JKR Malaysia (Ice-Breaking Session)

2. Sesi Jalinan Rangkaian (~AMAZING RACE~)

3. Soft Launch Garis Panduan / Bahan Rujukan

    a) SILARA JKR – A Landscape Guide for Designers

    b) Lukisan Komponen Lanskap

    c) Building Conservation Works Brief. Needs Statement : Users Manual

    d) Standardised Room Data for Health Facility

    e) Bukumejakopi 2008-2017 - BKM 

4.  Anugerah Pencapaian Istimewa 2017 & 2018

    a) Lulus Kelayakan Professional Part III

    b) Konservator Berdaftar

    c) Pengajian Doktor Falsafah (Phd)

    d) Pengajian Sarjana (Master)

    e) Pakar Rujuk Disiplin Arkitek

    f) Pakar Rujuk Jabatan 

5.  Taklimat Integriti oleh Ar. Suzana Bt. Amat

6.  Resolusi 2016 & Sesi Interaktif

7.  Pembentangan Kertas Kerja:

    a) The Climate is Changing … So Must Architect oleh Pn. Farah Bt. Abdul Samad

    b) Preliminary Study on Sensory Design for Autism Centre oleh Pn. Roslinda Bt. Ghazali

    c) The Revival of Environmental Friendly Architecture; Bicycle Lane for Building the Future of the Nation!

        oleh Shahrum Zainal Abidin

    d) Designing Safe Built Environment oleh Pn. Suhaila Bt. Abdul Rashid

8.  Pembentangan Laporan Status Pelan Bisnes Arkitek JKR 2017 – 2020 oleh En. En. Hisham B. Mohd Nor

9.  Sesi Dialog & Resolusi bersama Pengurusan Tertinggi Disiplin Arkitek JKR

 

Pihak Urusetia mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua Urusetia yang terlibat dan para Arkitek yang telah menghadiri serta menjayakan mesyuarat dwi-tahunan Arkitek JKR Malaysia ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.