Date: Isnin, November 5, 2018

Pada 19 Oktober 2018, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek Kanan JKR Malaysia 2018 di Dewan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Langgak Tunku, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Datin Ar. Mariani Noor Bt. Suhud, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia dan telah dihadiri oleh 98 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.

Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Ucapan Pembukaan oleh Ketua Disiplin Arkitek oleh YBhg. Datin Ar. Mariani Noor Bt. Suhud, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek

2. Resolusi 2017 oleh Pn. Noor Ainy Bt. Burhanudin, ArPK, BPKS, CA

3. Pembentangan JKR Architect’s Business Plan

  a) Tema 1 : Outstanding Project Delivery oleh En. Mohammad Yusrie B. Mohamed Shafie

  b) Tema 2 : Co-Creative Customer Experience oleh En. Wan Fadzlini B. Wan Jusoh

  c) Tema 3 : Centre of Technical Excellence oleh Ar. Mohammad Zaid B. Saad

  d) Tema 4 : Leading Sustainability oleh Pn. Nur Zuliana Bt. Mohd Nor

  e) Tema 5 : Innovative Organisation oleh Pn. Sharifah Muna Bt. Syed Murtadza

3. Sesi Bergambar Rasmi

4. Pembentangan SOP KADER oleh Ar. Sharina Intan Bt. Abdullah, KPKT

5. Pembentangan SOP NEGERI oleh Ar. Nazaruddin B. Muhammad, JKR Pahang

6. Pembentangan Penemuan Kaji Selidik Penambahbaikan Cawangan Arkitek oleh Pn. Nor Sadilah Bt. Sadikun, ArP, UPMID, BPKS, CA

7. Hebahan Perkembangan Kerjaya Arkitek/Disiplin Seni Bina JKR Malaysia oleh Pn. Noor Ainy Bt. Burhanudin, ArPK, BPKS, CA

8. Dialog Bersama Pengurusan Atasan Disiplin Arkitek JKR

Ketua Disiplin Arkitek mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Urusetia dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan para Arkitek Kanan yang telah menghadiri serta menjayakan mesyuarat tahunan Arkitek Kanan JKR Malaysia ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.