Pada 25-27 Julai 2023 (Selasa-Khamis) telah berlangsungnya Meysuarat Koordinasi bersama Unit Tentera Negeri (UTN) di seluruh malaysia dan Majlis Libat Urus bersama pelanggan Markas Tentera Darat (MTD), Markas Tentera Udara (MTU), Markas Tentera Laut (MTL) & Markas Bantuan Bersama bil.1 tahun 2023. Mesyuarat dan Majlis libat urus tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 1, Impiana Hotel, Ipoh Perak.
Penganjuran Majlis Libat Urus dan Mesyuarat Koordinasi ini merupakan agenda penting untuk membentangkan status kemajuan kerja, prestasi perbelanjaan seterusnya mendapatkan maklumbalas pihak Pelanggan dan JKR Unit Tentera Negeri (UTN) serta berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penyenggaraan kem-kem di bawah seliaan JKR. Program Libat Urus bersama Pelanggan (MINDEF) merupakan salah satu aktiviti wajib di dalam takwim tahunan JKR Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera (BFBT), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB).
Penganjuran mesyuarat ini yang menghimpunkan 3 pihak utama yang terlibat secara langsung dengan penyenggaraan kem-kem tentera iaitu pihak Pelanggan, JKR UTN dan JKR BFBT,CSFB. Peluang untuk bersemuka dan duduk semeja seperti ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan sebarang permasalahan ataupun perkongsian maklumat untuk kebaikan bersama.
Turut hadir bersama adalah Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) Ir. Ahmad Shahruzi Bin Ahmad sebagai pengerusi, Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera (BFBT) En. Rijal Nazli Bin Sulaiman, Bahagian Pembangunan (MINDEF) En. Wan Muzaffar Shah Bin Wan Munsiff, Markas Tentera Darat Malaysia (MTD) Lt Kol. Norazmi Bin Ya’akub dan Mej. Mohd Rizam Bin Zulkifli, Markas Tentera Laut (MTL) Lt Kdr. Mohd Roziman Bin Seman dan Lt Dya Nordalilah Binti Abdullah, Markas Tentera Udara (MTU) Lt Kol. Haji Din Bin Abu Bakar, Markas Bantuan Bersama Lt Kol Azarul Azuan Bin Abdullah dan semua ketua Unit Tentera Negeri (UTN).
Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera (BFBT), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) selaku agensi pelaksana telah dipertanggungjawab dan diamanahkan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelanggan (MINDEF) dalam menyempurnakan kerja-kerja senggaraan yang berkualiti dangan kos dan tempoh masa seperti yang telah ditetapkan dalam kontrak.
- 767 bacaan