Date: Selasa, November 14, 2023

Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah melaksanakan Mesyuarat Pemantapan Peranan Pegawai Prestasi Dan Pegawai Pemantau Risiko JKR bagi Tahun 2023 pada 9 November 2023 (Khamis). Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkasakan kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab Pegawai Prestasi dan Pegawai Pemantau Risiko dalam melaksanakan pemantauan dan pelaporan  Pelan  Strategik, Pelan Bisnes, Pelan Risiko Organisasi (ERM) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) JKR Malaysia.

Mesyuarat Pemantapan Peranan Pegawai Prestasi Dan Pegawai Pemantau Risiko JKR Tahun 2023 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK. Mesyuarat ini diadakan setahun sekali dan ahli mesyuarat terdiri daripada Peneraju Tema, Pegawai Prestasi dan Pegawai Pemantau Risiko JKR. Mesyuarat pada kali ini diadakan secara hybrid dengan dihadiri oleh 60 orang peserta di kalangan Urus Setia, Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko JKR merangkumi Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/Pasukan Projek Khas.

Pengisian mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Taklimat Pengenalan Pengurusan Strategik;
  2. Taklimat Pencapaian Pelan Strategik Tahun 2022 dan Kajian Semula Tahun 2023;
  3. Taklimat Keterangkuman dan kefahaman bagi pemantauan dan pelaporan Pelan Bisnes;
  4. Taklimat Pemantapan kefahaman bagi pemantauan dan pelaporan Pelan ERM;
  5. Taklimat Tatacara Pengisian Sistem MyKPI 2.0;
  6. Perkongsian pengalaman Cawangan Kerja Pendidikan dan JKR Negeri Pahang dalam melaksanakan pengurusan Pelan Bisnes dan Pelan ERM; dan
  7. Taklimat Pengenalan Sistem IM–Strategic.

Sesungguhnya, penganjuran mesyuarat ini merupakan salah satu usaha berterusan jabatan bagi memastikan warga JKR terus komited dalam melunaskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi memastikan JKR kekal unggul sebagai agensi teknikal terulung negara.

pemantapan pelan risiko

pemantapan pelan risiko