Date: Rabu, Ogos 24, 2022

Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek Bersama JKR Sabah Dan JKR Sarawak Bil.1/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ketua Pengarah Kerja Raya telah dilangsungkan pada 23 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Berlian, Blok G, Menara Kerja Raya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah JKR Sabah iaitu YBrs. Tuan Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas, dan juga Timbalan Pengarah III (Infrastruktur) JKR Sarawak iaitu YBrs. Tuan Ts. Cassidy anak Morris, TKPKR Sektor Pakar dan TKPKR Sektor Bangunan.

 

Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan halatuju dan status pelaksanaan projek antara JKR Malaysia dengan JKR Sabah dan JKR Sarawak. Selain itu, melalui mesyuarat ini adalah diharapkan komunikasi dan perhubungan erat antara JKR Malaysia dengan JKR Sabah dan JKR Sarawak dapat dipertingkatkan lagi bagi menjayakan pelaksanaan projek pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

 

Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:

  1. Kearah Pencapaian Sifar Projek Sakit pada Tahun 2023
  2. Pelaksanaan perolehan projek mengikut perancangan yang ditetapkan
  3. Meningkatkan perbelanjaan projek untuk memastikan semua peruntukan yang diterima dapat dibelanjakan pada tahun semasa
  4. Mengeratkan lagi pelaporan status projek melalui sistem SKALA, Sistem SPSB, Sistem JKR-PALMS (JKR Sabah) dan sistem JKR-Dash (JKR Sarawak)
  5. Tindakan segera bagi mengelakkan projek lewat dan sakit

 

Semoga dengan pelaksanaan mesyuarat ini ianya dapat menjadi platform antara JKR Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak di dalam mengeratkan lagi Kerjasama untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dan seterusnya dapat meningkatkan lagi keberkesanan JKR di dalam pelaksanaan serta pemantauan projek.