Date: Isnin, Ogos 28, 2023

23 Ogos 2023, Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijlan Semula EKSA Ibu Pejabat JKR telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan dihadiri oleh Encik Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah, Timbalan Pengarah daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan bersama-sama Pasukan Juruaudit yang diketuai oleh Puan Wan Rafidah Binti Awang Isa.

Mesyuarat pensijilan semula EKSA ini juga turut dihadiri oleh penghulu dan penyelaras blok yang melibatkan empat (4) buah bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia iaitu:

  1. Blok C (Lama);
  2. Blok F;
  3. Menara MAJU; dan
  4. Menara TIMA.

Audit yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 23 Ogos 2023 (Rabu) dan akan berakhir pada 25 Ogos 2023 (Jumaat).

Adalah diharapkan pensijilan semula EKSA bagi empat (4) buah bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia ini memperoleh kategori ‘Cemerlang’ bagi mengekalkan mandat yang diberikan oleh MAMPU kepada JKR dalam pelaksanaan EKSA Kendiri (DIY) ke atas agensi seliaanya yang melibatkan JKR Wilayah, Negeri, KESEDAR, KETENGAH dan JKR Daerah.

Selaras dengan pencapaian JKR yang telah memperoleh kategori ‘Platinum’ dalam Malaysian Government Performance Index (MyGPI), pencapaian cemerlang EKSA ini sekaligus akan menyumbang kepada skor penilaian MyGPI pada masa akan datang.