Date: Isnin, Mei 30, 2022
30 Mei 2022 – Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijlan EKSA Ibu Pejabat JKR yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Rahmat Bin Hj. Abdul Rahman TKPKR Sektor Bangunan telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), YBrs. Noorul Habib Bin Abdul Guduse bersama-sama empat (4) Auditor EKSA MAMPU serta pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia.
Audit yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 30 Mei ( Isnin) dan berakhir pada 2 Jun (Khamis) 2022 ini melibatkan 6 menara/blok iaitu :
  1. Menara Kerja Raya (Blok G)
  2. Menara PJD
  3. Blok A (Lama)
  4. Blok B (Lama)
  5. Blok D dan
  6. Blok E.
Manakala empat (4) lagi  bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia lagi akan diaudit dalam sesi akan datang yang akan  ditetapkan oleh pihak MAMPU kelak.
EKSA merupakan elemen utama di dalam kriteria audit MyGPI di bawah Sub Elemen (SE) 4.4: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan pengukurannya oleh pihak MAMPU pada April 2022 yang lalu.  Sesungguhnya JKR  Malaysia menyokong penuh pelaksanaan MyGPI oleh MAMPU dalam transformasi perkhidmatan awam masa kini serta mensasarkan pencapaian yang cemerlang.
Seiring dengan hasrat tersebut, komitmen semua warga kerja JKR amat diperlukan  dalam merealisasikan  pensijilan EKSA ‘cemerlang’ bagi enam (6) bangunan premis Ibu Pejabat JKR yang diaudit pada kali ini   bagi membolehkan perluasan EKSA direalisasikan di peringkat negeri mahupun daerah  melalui EKSA DIY.