Date: Isnin, April 12, 2021

Majlis Penutup bagi Audit Pemantuan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Tahun 2021 oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 9hb April 2021 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian,Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool.

Pelaksanaan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Tahun 2021 bermula 5-9hb April 2021 merangkumi empat sistem berikut:

1.            Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015

2.            Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001:2015

3.            Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018

4.            Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018

 

Program audit ini telah mendapat sokongan padu dan kerjasama yang amat baik dari semua pihak yang terlibat dan berlangsung dengan jayanya. Jabatan Kerja Raya merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh JKR  cawangan, JKR Negeri, pasukan projek serta pihak SIRIM dalam program audit kali ini.

Berdasarkan laporan penemuan yang dibentangkan, terdapat 1 bilangan NCR Minor dan 27 bilangan penambahbaikan (OFI) diterima bagi keempat-empat Sistem SPB JKR Malaysia.

Rumusan keseluruhan pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu di  JKR Malaysia adalah baik dan memuaskan dan kematangan pegawai dari segi pelaksanaan adalah meningkat. Namun begitu, masih ada ruang-ruang penambahbaikan yang perlu dibuat bagi memastikan pelaksanaan  lebih baik pada masa akan datang.