Date: Isnin, Mei 30, 2022
Majlis Penutup bagi Audit Pemantuan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Tahun 2022 oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 27 Mei 2022 jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian,Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool.
Pelaksanaan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Tahun 2022 bermula 23-27 Mei 2022 merangkumi empat sistem berikut:
1.            Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
2.            Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001:2015
3.            Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018
4.            Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018
 
Program audit ini telah mendapat sokongan padu dan kerjasama yang amat baik dari semua pihak yang terlibat dan berlangsung dengan jayanya. Jabatan Kerja Raya merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh JKR  cawangan, JKR Negeri, pasukan projek serta pihak SIRIM dalam program audit kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua SO/PD dan warga kerja JKR Malaysia kerana tiada NCR yang dikemukakan bagi keempat-empat Sistem SPB JKR Malaysia. Namun terdapat teguran untuk peluang penambahbaikan OFI terhadap SPB JKR Malaysia.
Syabas semua!
Rumusan keseluruhan pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu di  JKR Malaysia adalah baik dan memuaskan dan kematangan pegawai dari segi pelaksanaan adalah meningkat. Namun begitu, masih ada ruang-ruang penambahbaikan yang perlu dibuat bagi memastikan pelaksanaan  lebih baik pada masa akan datang.