Date: Jumaat, Ogos 5, 2022

Majlis Penutup bagi Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2022 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 5 Ogos 2022 jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian,Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid.

Pelaksanaan Audit Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 JKR Malaysia Tahun 2022 bermula 1 hingga 5 Ogos 2022 di beberapa JKR Cawangan dan Negeri iaitu:-

1)       Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya

2)       Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)

3)       Cawangan Jalan (CJ)

4)       Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM)

5)       Cawangan Kejuruteraan Elektrikal (CKE)

6)       Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1)

7)       Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB)

8)       Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB)

9)       Pasukan Projek Khas 1 (PPK 1)

10)     JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11)     JKR Negeri Sembilan

 

Sesi audit ini telah mendapat sokongan padu dan kerjasama yang amat baik dari semua pihak yang terlibat dan berlangsung dengan jayanya. Jabatan Kerja Raya merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh JKR  Cawangan, JKR Negeri, Pasukan Projek serta pihak SIRIM untuk audit pensijilan kali ini.

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga kerja JKR Malaysia kerana JKR Malaysia telah disyorkan untuk mendapat Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Tiada NCR yang dikemukakan namun terdapat beberapa peluang penambahbaikan OFI terhadap Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016.

 

Syabas JKR Malaysia!