Date: Jumaat, Julai 7, 2023

Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun (ICSM) Kali Ke-16 telah dilaksanakan pada 5 Julai 2023 (Rabu). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Mesyuarat ini membincangkan halatuju dan pencapaian Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009 – 2023 yang mengambilkira aspek resilience atau berdaya tahan, yang sangat signifikan dalam menghadapi ancaman bencana berganda.

Keanggotaan ahli ICSM ini merentas kementerian, agensi kerajaan dan swasta, pihak berkuasa tempatan, dan lain-lain yang berkaitan. Sebanyak tiga puluh (30) yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Kementerian Kerja Raya
  • Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Jabatan Mineral & Geosains Malaysia
  • Jabatan Kerajaan Tempatan
  • Jabatan Meteorologi Malaysia
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Pengairan & Saliran
  • Jabatan Kebajikan Malaysia
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  • Jabatan Ukur & Pemetaan
  • PLAN Malaysia
  • JKR Sabah
  • Agensi Angkasa Malaysia
  • Pusat Geospatial Negara
  • Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
  • Jabatan Wilayah Persekutuan
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia
  • Pasukan Mencari & Menyelamat Khas Malaysia
  • Angkatan Pertahanan Awam
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang
  • Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (Selangor, Perak & Pulau Pinang)
  • Unit Bencana Negeri Selangor
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • PLUS Malaysia Berhad
  • ANIH Berhad

Terdapat lima (5) Kumpulan Kerja di bawah ICSM yang menggerakkan pelan tindakan berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.

Halatuju PICN seterusnya turut menekankan kerjasama dan persefahaman antara kerajaan diperingkat persekutuan dan negeri, institusi tempatan dan juga antarabangsa serta pihak pemain industri berkaitan cerun. Kolaborasi strategik antara semua pihak yang terlibat akan dapat menyumbang ke arah pengurusan pengurangan risiko berada pada tahap optimum.

Di samping itu, pemerkasaan komuniti dalam menghadapi bencana juga akan ditekankan supaya setiap komuniti mempunyai local champion agar komuniti bertindak sebagai initial responder sebelum agensi-agensi berkaitan tiba. Latihan bersama komuniti CBDRM (Community Based Disaster Risk Management) akan dipertingkatkan lagi bagi mengukuhkan daya tahan komuniti untuk hidup bersama bencana.

Selain itu, perubahan dari hazard risk kepada risk recipient perlu dilaksanakan di dalam PICN akan datang menjurus kepada risk resilience yang merangkumi tadbir urus, penilaian risiko, komunikasi risiko dan juga pelaburan (investment).

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH diucapkan kepada semua wakil agensi yang terlibat dan telah memberikan pandangan serta maklumbalas sepanjang mesyuarat ini berlangsung.